Site icon TechNave BM

Monitor melengkung HUAWEI Mateview GT 27”, MateStation B520 & Pixlab X1 dilancar

HUAWEI bukan sahaja terkenal sebagai pengeluar telefon pintar, malah ia kini menjadi pembuat produk elektronik untuk kegunaan pejabat. HUAWEI telah melancarkan komputer peribadi HUAWEI MateStation B520, pencetak HUAWEI PixLab X1 dan monitor melengkung HUAWEI MateView GT versi 27 inci.

HUAWEI MateView GT

Monitor HUAWEI MateView GT mempunyai layar 1500R, bersaiz 27 inci dan memiliki resolusi 2560 × 1440 piksel. Selain itu, ia dilengkapi kadar segar semula skrin 165Hz, gamut warna 90% DCI-P3, ketepatan warna ΔE <2, nisbah kontras tinggi 4000: 1, kecerahan 350 nits, sokongan paparan kandungan HDR10 dan sijil perlindungan daripada German Rheinland Eye.

Pada bahagian kakinya terdapat SoundBar yang menyokong stereo dua saluran dan dilengkapi dengan sistem audio yang berkualiti. Oleh kerana itu, ianya menyokong penetapan secara sentuhan, 8 kesan pencahayaan suasana dan tetapan warna yang boleh diubah-ubah. Untuk kegunaan harian, ia menggabungkan dwi-mikrofon pintar, pembatalan gema, pengurangan kebisingan sekeliling dan pembisu suara pada bila-bila masa.

Selain itu ia memiliki sambungan HDMI, DP, USB-C, 3.5 audio dan sebagainya. Varian biasa berharga 2,099 yuan (~RM1,350) sementara varian yang mempunyai SoundBar adalah 2,699 yuan (~RM1,740). Pra-penjualan sudah bermula dan mula dijual secara rasmi pada 25 September.

HUAWEI MateStation B520

Huawei MateStation B520 dilengkapi cipset Intel Core i7 generasi ke-10 dan menyokong teknologi Wi-Fi 6. HUAWEI MateStation bermula dari 4,099 yuan (~RM2,638) dan telah ada di pasaran.

HUAWEI PixLab X1

HUAWEI PixLab X1 merupakan mesin pencetak pertama yang menggunakan sistem operasi HarmonyOS. Semua arahan dilakukan dengan menggunakan sentuhan dan tiada sebarang butang fizikal yang terdapat pada badannya.

Peranti ini menyokong tiga operasi iaitu mencetak, fotostat dan mengimbas. Menariknya, dengan adanya fungsi sambungan bluetooth dan sistem operasi HarmonyOS, anda hanya perlu berada dekat dengan peranti ini untuk terus menghantar dokumen yang ingin di cetak.

Selain itu, ia mempunyai ciri hanya dengan sentuh telefon pintar, anda boleh terus mencetak dokumen tersebut. Tambahan, sebuah kartrij sesuatu warna cukup untuk mencetak 1,500 helai kertas. HUAWEI PixLab X1 berharga 1,899 yuan (~RM2,600) sementara pakej katrij adalah berharga 99 yuan (~RM63) dan 299 yuan (~RM190).

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang mana-mana produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version