Site icon TechNave BM

Monitor PC Redmi Pertama diumumkan: Redmi Display 1A berharga ~RM364

Adakah anda fikir kami tersilap menaip harga seperti di atas? Jawapannya tidak kerana ~RM364 merupakan harga yang ditukarkan kepada (RM) daripada harga rasmi dalam nilai di pasaran China, 599 Yuan. Terkini, Redmi telah mengumumkan monitor PC pertamanya, Redmi Display 1A di China.

Tidak hairanlah jika kita melihat Redmi kini semakin mengorak langkah untuk menghasilkan produk baru termasuklah ura-ura Redmi TV memandangkan jenama ini bernaung di bawah Xiaomi. Redmi Display 1A dilengkapi panel IPS LCD dengan resolusi 1920 x 1080 piksel dan pepenjuru 23.8 inci. Skrin dengan tahap kecerahan 250 nit ini boleh digunakan untuk multi-monitor memandangkan bezelnya hanya berukuran 7.3mm.

Monitor ini turut dilengkapi penyambung HDMI dan port VGA di belakang. Memandangkan ianya adalah monitor PC mesra poket, kami mengagak ianya bakal digilai jika hadir di pasaran Malaysia. Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan keberadaannya di pasaran tempatan.

Setakat ini, ianya boleh dipra-tempah di China dengan harga 499 Yuan (lebih kurang ~RM364). Apakah pandangan anda? Beritahu kami di Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version