Site icon TechNave BM

Monitor Redmi Gaming G24 165Hz dilancar, miliki gamut warna 120% sRGB dan HDR10 berharga ~RM450

Biasanya kita akan jumpa dengan pilihan monitor gaming tetapi harganya cenderung untuk mahal. Namun, ia tidak seperti yang kita sangka kerana Redmi telah mendedahkan monitor gamingnya pada pameran produk semalam. Syarikat itu baru sahaja mengeluarkan monitor gaming dengan kadar penyegaran 165Hz yang berharga 699 yuan (~RM450).

Semalam, Redmi secara rasmi melancarkan monitor gaming terbaharunya yang dinamakan Redmi Gaming Monitor G24 165Hz. Ia ialah monitor HD Penuh 23.8 inci beresolusi 1920×1080 dengan spesifikasi yang cukup bagus. Ia bukan sahaja menampilkan kadar penyegaran 165Hz, tetapi juga mempunyai gamut warna 120% sRGB.

Selain itu, ia mempunyai nisbah kontras 3500:1, kecerahan 300nits dan masa tindak balas 1ms. Monitor ini dilengkapi dengan pemalapan DC untuk membantu mengoptimumkan penggunaan kuasa dan mod cahaya biru rendah untuk mengurangkan ketegangan mata.

Ia juga menyokong ketepatan warna Adaptive-Sync, HDR10 dan ΔE<2. Bagi port I/O, Redmi Gaming Monitor G24 165Hz hanya mempunyai satu DisplayPort, satu port HDMI dan bicu audio 3.5mm. Sudah tentu, ia bukan panel OLED dengan kualiti visual yang luar biasa.

Tetapi ini adalah monitor gaming dengan kadar penyegaran tinggi yang paling berpatutan yang ada di dalam pasaran. Adakah anda akan membelinya jika ia dilancarkan di Malaysia? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version