Site icon TechNave BM

Monyet curi iPhone, sempat ambil gambar swafoto dan rekod video dalam hutan

Seorang pengguna Facebook bernama Zackrydz Rodzi baru-baru ini berkongsi pengalaman yang agak unik tentang kehilangan telefon pintarnya. Selepas gagal mencari iPhone-nya dalam rumah, beliau mencarinya di hutan berhampiran dan cuba menghubungi telefonnya dengan harapan ia dapat ditemui.

Mujur, beliau menjumpai telefonnya dalam hutan tersebut. Yang menariknya, apabila beliau melihat kandungan dalam telefonnya sepanjang ia ‘dicuri’, beliau boleh melihat bahawa seekor monyet liar yang telah mengambil telefonnya.

Monyet tersebut bukan sahaja memecah masuk rumah Zackrydz dan mencuri iPhone beliau, malah sempat ‘mengambil’ gambar swafoto dan membuat rakaman video di hutan. Walaupun Zackrydz berjaya mendapatkan semula telefonnya,ia mempunyai banyak kesan calar, besar kemungkinan akibat ia terjatuh.

Monyet pun pandai ambil selfie sekarang ya? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook

Exit mobile version