Site icon TechNave BM

Moto G 5G Plus diumumkan: Snapdragon 765G, skrin 90Hz dan 5000mAh berharga ~RM1,684

Terkini, Motorola telah mengumumkan salah satu telefon pintar 5G nya dengan penawaran harga yang agak berpatutan. Jika di pasaran Eropah, kehadiran peranti ini menandakannya sebagai salah satu peranti 5G berpatutan.

Moto G 5G Plus dijana Snapdragon 765G, RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB. Ia turut dihuni tetapan kamera utama quad 48MP, bateri besar berkapasiti 5000mAh dan pengecasan pantas 20W. Kami senaraikan spesifikasi asas untuk kemudahan anda seperti di bawah.

Moto G 5G Plus setakat ini hanya boleh didapati di pasaran Eropah dengan pilihan warna biru dan ungu. Ianya berharga 349 Euro (~RM1,684) untuk varian 4GB+64GB dan 399 Euro (~RM1,926) untuk varian 6GB+128GB.

Kami masih ketiadaan maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Adakah jenama Motorola masih dipercayai dalam kalangan pengguna telefon pintar di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version