Site icon TechNave BM

Moto G9 Plus dilancarkan: Snapdragon 730G, skrin 6.8 inci, 5000mAh ~RM1,951

Motorola mungkin masih mendapat nama di hati peminat telefon pintar, namun mungkin tidak sepopular dahulu. Syarikat itu masih lagi berdiri teguh terutama di pasaran negara lain. Terkini, Moto G9 Plus telah diumumkan di pasaran Brazil sebagai peranti kelas pertengahan.

Moto G9 Plus hadir dengan janaan cipset kelas pertengahan Snapdragon 730G dan beberapa spesifikasi lain yang menarik. Apa yang lebih menarik perhatian adalah saiz paparannya yang agak besar, 6.8 inci. Anda boleh menyemak spesifikasi asas seperti di bawah.

Untuk pengetahuan anda, Moto G9 Plus setakat ini hanya tersedia di pasaran Brazil dengan pilihan warna Rosel Gold dan Indigo Blue berharga 2,499 (BR) (~RM1,951).

Adakah anda masih meminati jenama ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version