Site icon TechNave BM

Moto X40 dilengkapi cipset SD 8 Gen 2 muncul di Geekbench, bakal dilancar 15 Disember ini

Motorola dijangka akan melancarkan siri Moto X40 pada 15 Disember ini sebagai pengganti Edge X30. Menjelang pelancarannya, Moto Edge X40 dengan nombor model XT2301-5 muncul pada pangkalan data penanda aras Geekbench. Laporan mendedahkan markah penanda aras dan spesifikasi yang terdapat pada Moto Edge X40.

Moto Edge X40 memperoleh 1471 mata dalam ujian teras tunggal manakala dalam ujian berbilang teras ia berjaya memperolehi 4683 mata. Penyenaraian itu mendedahkan cipset teras-okta dengan konfigurasi teras 1 + 3 + 4 dan kekerapan puncak 3.19GHz.

Berdasarkan spesifikasi tersebut, Moto Edge X40 akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Snapdragon 8 Gen 2 diumumkan bulan lepas dan hadir bersama GPU Adreno 740 bersepadu. Selain itu, penyenaraian itu turut mendedahkan kewujudan varian memori 12GB.

Penyenaraian itu selanjutnya mendedahkan bahawa Moto Edge X40 akan didatangkan pra-muat Android 13. Moto XT2301-5 sebelum ini dilihat di laman web pensijilan Federal Communications Commission (FCC) yang mendedahkan sokongan untuk pengecasan pantas 125W.

Peranti ini juga mungkin menyokong pengecasan wayarles dan wayarles terbalik seperti yang didedahkan dalam pensijilan FCC. Moto Edge X40 dijangka menampilkan paparan OLED dengan kadar penyegaran 165Hz.

Apakah pendapat anda tentang Moto Edge X40 yang bakal dilancarkan ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Mysmartprice

Exit mobile version