Site icon TechNave BM

Motorola akan lancarkan telefon lipat baru mereka 9 September ini!

Motorola baru sahaja telah mengumumkan acara terbaru mereka yang akan diadakan pada 9 September ini secara atas talian. Mereka menghuraikan acara ini sebagai ” Bersiap sedia untuk lipat pengalaman telefon pintar sekali lagi”.

Motorola telah melancarkan sebuah telefon pintar lipat pada awal tahun ini iaitu Motorola Razr yang telah menjadi perbualan ramai peminat gajet. Jadi, ini bermakna Motorala mungkin akan melancarkan sebuah lagi telefon pintar lipat Razr generasi kedua yang akan menyokong 5G pada acara akan datang ini.

Sumber menyatakan telefon pintar lipat yang baru ini bakal gunakan cipset Snapdragon 765 5G dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Ia juga dijangka akan hadir dengan bateri 2,845mAh serta kamera belakang 48MP dan kamera swafoto 20MP. Spesifikasi ini dilihat adalah penambaikan yang minima berbanding model pertama mereka.

Bagaimana dengan telefon pintar lipat baru yang akan dilancarkan oleh Motorola ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Sumber : droidlife

Exit mobile version