Site icon TechNave BM

Motorola akan umum telefon flagship di MWC 2020

Selepas tidak melancarkan sebarang telefon pintar flagship sepanjang dua tahun lepas, Motorola akhirnya akan mengumumkan sebuah peranti flagship di Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2020 yang akan dianjurkan di Barcelona, Sepanyol.

Motorola sudah pun memberi jemputan kepada media untuk mengesahkan sebuah majlis pelancaran pada 23 Februari jam 7.00 malam waktu musim panas Eropah Tengah (CEST) atau 24 Februari jam 1.00 pagi waktu Malaysia. Memandangkan Samsung dan Huawei tidak akan melancarkan telefon flagship mereka dalam MWC 2020, ini adalah peluang keemasan buat Motorola untuk mendapatkan liputan meluas buat perantinya.

Untuk rujukan, telefon flagship Motorola sebelum ini adalah Motorola Z2 Force yang dilancarkan pada Ogos 2017. Manakala model Motorola Razr yang akan dilancarkan pada 6 Februari pula adalah lebih ditujukan kepada pasaran yang kecil dan spesifikasinya pula meletakkannya dalam kelas pertengahan.

Telefon bagaimana yang anda rasa Motorola akan umumkan pada bulan depan? Berikan komen anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version