Site icon TechNave BM

Motorola bakal lancarkan siri Edge baharu pada 8 September ini

Motorola melancarkan Edge 2022 baru-baru ini yang merupakan telefon pintar pertama dikuasakan oleh Dimensity 1050. Tetapi Motorola mempunyai lebih banyak telefon pintar siri Edge untuk dilancarkan kerana terdapat pengacah pelancaran telefon baharu pada 8 September ini.

Motorola menyiarkan klip video pendek di Twitter yang mendedahkan ketibaan tiga telefon pintar baharu pada 8 September ini. Tajuk tweet tersebut mempunyai tanda pagar #findyouredge yang mengesahkan Motorola akan memperkenalkan tiga telefon pintar siri Edge baharu.

Bagaimanapun, syarikat itu tidak mendedahkan nama atau apa-apa lagi mengenai telefon pintar ini. Kemungkinan kita dapat melihat Moto X30 Pro dan Moto S30 Pro yang kini tersedia di China yang dijenamakan semula sebagai telefon pintar siri Edge untuk pasaran global. Spesifikasi utama X30 Pro termasuk cipset Snapdragon 8+ Gen 1, skrin 144Hz dan kamera 200MP.

Ia juga mempunyai bateri 4,610 mAh dengan pengecasan 125W. S30 Pro pula dilengkapi dengan Snapdragon 888+, paparan 144Hz dan kamera 50MP dan bateri 4,400 mAh yang menyokong pengecasan 68W. Anda boleh menjangkakan Motorola akan mendedahkan lebih lanjut mengenai telefon pintar siri Edge apabila tarikh pelancaran semakin hampir.

Beritahu kami di Facebook pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version