Site icon TechNave BM

Motorola dan OnePlus akan hasilkan telefon yang dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1

Semalam, Qualcomm telah melancarkan cipset terbaru untuk telefon pintar andalan iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 dan beberapa jenama telefon sudah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan peranti yang dilengkapi cipset tersebut termasuklah ASUS dan realme.

Kini, Motorola pula turut mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon dengan Snapdragon 8+ Gen 1, namun namanya masih belum diketahui. Pengumuman tersebut telah dibuat dalam laman media sosial Weibo.

Sementara itu, OnePlus juga mengatakan mereka bakal melancarkan telefon yang dilengkapi cipset tersebut. Namanya juga tidak diketahui, namun ia mungkin adalan untuk OnePlus 10 Ultra dan dijangka dilancar pada suku ketiga 2022.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version