Site icon TechNave BM

Motorola Edge 30 dilancar di Malaysia: Telefon 5G ternipis di dunia bermula RM1,399

Lenovo Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Motorola Edge 30 dan kini pra-tempahannya sudah dibuka sehingga 16 Mei 2022.

Lenovo mengatakan Motorola Edge 30 adalah telefon 5G ternipis dalam pasaran, dengan ketebalan 6.79mm sahaja. Selain daripada itu, ia menampilkan spesifikasi yang sangat menarik seperti skrin AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz dan cipset Qualcomm Snapdragon 778G+.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Motorola Edge 30:

Pelanggan yang membuat pra-tempahan sebelum 16 Mei 2022 di Lazada atau Shopee akan mendapat harga istimewa iaitu RM1,399 sahaja. Jika anda berminat untuk memiliki telefon Motorola yang lebih canggih, anda boleh dapatkan Motorola Edge 30 Pro yang dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1 pada harga RM2,699.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version