Site icon TechNave BM

Motorola Edge 30 muncul di Geekbench, dilengkapi SD 778G+ dan RAM 8GB

Baru-baru ini, Motorola telah melancar telefon andalan terbaharu yang dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1. Telefon tersebut ialah Motorola Edge 30 Pro untuk pasaran global, Edge X30 di China dan Edge Plus 2022 di AS. Namun, terdapat sebuah lagi telefon yang bakal dilancarkan oleh Motorola iaitu Motorola Edge 30.

Motorola Edge 30 dan akan dikuasakan oleh Snapdragon 778G+ yang mendapat peningkatan berbanding 778G yang terdapat pada Edge 20 dan Edge (2021). Cipset Kryo 670 Prime baharu ini mempunyai peningkatan kadar kelajuan jam kepada 2.5 GHz dan prestasi Adreno 642L yang telah ditingkatkan sebanyak 20%.

Telefon ini beroperasi menggunakan Android 12 dan dilengkapi dengan RAM 8GB ketika diuji. Motorola mempunyai mod desktop sendiri iaitu Ready For yang berfungsi sebagai kuasa pemprosesan tambahan untuk berbilang tugas seperti komputer. Motorola Edge 30 dengan nombor model XT2203-1 baru-baru ini muncul laman ujian pengecasan wayarles UAE.

Walau bagaimanapun, ia tidak mendedahkan banyak maklumat mengenai peranti ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: mysmartprice

Exit mobile version