Site icon TechNave BM

Motorola Edge Plus diumumkan: Snapdragon 865, kamera 108MP, RAM 12GB, 5000mAh berharga ~RM5646

Motorola kini telah mengeluarkan siri peranti flagship terbarunya dengan dua model iaitu Motorola Edge dan Motorola Edge+. Sebagai salah satu varian peranti dengan cipset Qualcomm Snapdragon 865, penawaran spesifikasi flagship lain agak menarik termasuklah kamera 108MP.

Siri Motorola Edge hadir dengan paparan sama AMOLED 6.7 inci (resolusi 1080 x 2340) bersama kadar segar semula 90Hz. Namun, Motorola Edge+ tampil dengan kelengkapan RAM 12GB LPDDR5, storan UFS 3.0 245GB dan kamera utama 108MP. Antara perbezaan lain adalah dari segi bateri di mana kapasiti bateri Motorola Edge adalah 4500mAh dan Motorola Edge+ ialah 5000mAh. Anda boleh menyemak spesifikasi kedua-duanya di bawah.

Motorola Edge+

Motorola Edge

Motorola Edge+
Motorola Edge+
Motorola Edge warna Sun Black
Motorola Edge warna Midnight Magenta

Versi global siri Motorola Edge akan dilancarkan pada Mei ini, dengan harga 1199 Euro (lebih kurang ~RM5646) untuk Motorola Edge+ dan harga 599 Euro (lebih kurang RM2820) untuk Motorola Edge.

Kami akan memaklumkan jika ada maklumat mengenai pelancarannya di Malaysia melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook!

Sumber: TechNave中文版

Exit mobile version