Site icon TechNave BM

Motorola Edge S akan dilancar pada 26 Januari, bakal dilengkapi Snapdragon 870

Motorola kini sedang bersiap untuk melancarkan telefon pintar andalan terbaru iaitu Motorola Edge S, namun ia tidak akan dilengkapi cipset Snapdragon 888 iaitu cipset telefon Qualcomm yang tercanggih. Sebaliknya, ia akan dilengkapi cipset Snapdragon 870 yang baru sahaja dilancarkan.

Telefon itu akan dilancar di pasaran China pada 26 Januari jam 7:30 malam. Menurut satu gambar yang dimuat naik di Twitter, telefon itu mempunyai empat kamera di belakang dengan susunan kamera berbentuk petak. Butang kawalan dan suis berada di bahagian kanan, di mana suis itu nampak seperti ia akan turut bertindak sebagai butang kuasa.

Motorola Edge S mungkin akan dilengkapi skrin 6.7 inci dengan resolusi 105Hz, kamera utama 64MP, kamera swafoto 16MP+8MP, RAM 12GB, storan 256GB dan sistem operasi Android 11. Masih tidak pasti jika telefon ini adalah telefon yang diacah oleh pengurus Motorola pada akhir tahun lalu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version