Selepas seminggu pengumuman Snapdragon 8 Gen 1, Motorola tanpa berlengah terus menghasilkan telefon pintar terbaharu yang menggunakan cipset perdana itu. Telefon tersebut dinamakan sebagai Motorola Edge X30.
Ia hadir dalam dua varian iaitu Edisi Khas X30 yang menampilkan kamera swafoto bawah paparan manakala X30 standard dengan kamera swafoto lubang tebuk (punch hole). Selebihnya spesifikasi untuk kedua-dua telefon adalah sama. Motorola juga mengumumkan cipset Snapdragon 888+ digunakan pada Moto Edge S30.
Motorola Edge X30
Motorola Edge X30 menggunakan skrin OLED 6.7 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Verian standard mempunyai lubang tebuk untuk kamera swafoto 60MP dengan sensor 1/2.8 inci dan piksel 1.2μm. Edisi Khas menggunakan sensor yang sama tetapi diletakkan di bawah paparan.
Berdasarkan ujian Motorola, X30 menawarkan lonjakan 20% dalam prestasi CPU, 30% skor GPU lebih baik dan 400% peningkatan dalam tugas AI berbanding cip Snapdragon 888+. Angka-angka ini sepadan dengan apa yang ditunjukkan oleh Qualcomm semasa pengumuman 8 Gen 1nya.
Motorola X30 berjaya mendapat skor AnTuTu sebanyak 1,061,361 mata yang merupakan markah tertinggi pada platform tersebut setakat ini. Telefon ini juga menggunakan RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Di bahagian belakang, ia mempunyai kamera utama 50MP dengan sensor OmniVision dengan OIS OV50A 1/1.55 inci.
Ia mempunyai piksel bersaiz 2.0μm apabila binning piksel 4-in-1 digunakan. Selain itu, terdapat kamera ultra-lebar 50MP ISOCELL S5KGM1 dan sensor kedalaman 2MP. Anda juga boleh merakam video 8K. Bateri Edge 30 berkapasiti 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 68W dan beroperasi menggunakan Android 12.
Motorola Edge X30 bermula pada CNY 3,199 (~RM2,120) untuk varian 8/128GB. Terdapat juga varian 8/256GB berharga CNY 3,399 (RM2,250) dan varian 12/256GB untuk CNY 3,599 (~RM2,383). Edisi Khas X30 berharga CNY 3,999 (~RM2,650). Jualan pertama di China pada 15 Disember.
Motorola Edge S30
Motorola S30 dilengkapi cipset Snapdragon 888+ sesuai untuk telefon segmen kelas pertengahan. Ia menggunakan panel LCD IPS 6.8 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Bahagian belakangnya mempunyai kamera utama 108MP, ultra-lebar 13MP dan sensor kedalaman 2MP.
Kamera swafotonya pula memiliki sensor 16MP. Baterinya berkapasiti 5,000 mAh dengan pengecasan 33W. Moto Edge S30 beroperasi menggunakan Android 11. Motorola Edge S30 akan dijual pada harga CNY 1,999 (~RM1,325) untuk varian 6/128GB. Bagi varian 12/256GB pula akan berharga CNY 2,599 (~RM1,722). Jualan rasminya pada 21 Disember.
Adakah anda berminat untuk memilikinya? Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: GSMArena

