Site icon TechNave BM

Motorola Edge X30 Pro miliki SD 8+ Gen 1 dan kamera 200MP, bakal dilancar 2 Ogos ini

Motorola bakal melancarkan telefon pintar Edge X30 Pro pada 2 Ogos ini dengan membawa kamera utama 200MP dan cipset Snapdragon 8+ Gen 1. Kini, reka bentuk peranti juga telah didedahkan melalui poster promosi daripada Motorola sendiri.

Bahagian kameranya membawa satu lensa besar dan dua yang lebih kecil di bawah pada bonggol kamera segi empat tepat di bahagian belakang. Peranti andalan baharu ini turut menyokong kadar pengecasan 100W. 

Pada bulan Mac lepas, seorang pengurus umum (General Manager) di Lenovo menyiarkan foto penyesuai 125W pada Weibo mereka mendedahkan berat peranti hanya 130 gram. Kami menjangkakan ia akan muncul pada minggu hadapan bersama kotak bungkusannya. 

Menurut TENAA, telefon ini dilaporkan membawa RAM sehingga 16GB dan storan 512GB. Spesifikasi lain termasuk pengendalian Android 12 dan hadir dalam sembilan warna. Mungkin juga tidak kesemua warna akan ditunjukkan ketika pelancaran Motorola Edge X20 Pro. 

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version