Motorola merupakan antara syarikat terawal yang memperkenalkan telefon pintar lipat pada 2019, dengan pengenalan Motorola Razr yang menyerupai telefon lipat pada zaman 2000-an. Pada lewat tahun 2020 pula, ia diikuti oleh Motorola Razr 5G namun setakat ini tiada Razr terbaru untuk tahun 2021.
Kini seorang eksekutif Lenovo, Chen Jin, telah mengesahkan dalam media sosial Weibo bahawa Motorola sedang mengusahakan edisi terbaru untuk Motorola Razr. Beliau mengatakan peranti tersebut bakal dilengkapi kuasa yang lebih tinggi, antara muka yang dikemas kini dan rekaan yang lebih menarik.
Pengumuman ini hadir hanya beberapa minggu selepas telefon lipat OPPO Find N dan HUAWEI P50 Pocket dilancar. Nampaknya Motorola juga tidak ingin ketinggalan dalam industri telefon lipat, jadi kita mungkin boleh menjangkakan pelancarannya pada awal tahun 2022.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon lipat Motorola dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

