Site icon TechNave BM

Motorola Moto E32s dilancar: Helio G37, skrin 6.5″ 90Hz dan bateri 5,000mAh berharga ~RM700

Awal bulan ini, Motorola telah mengumumkan Moto E32 secara senyap-senyap dan kini syarikat itu telah memperkenalkan varian baharu iaitu Motorola Moto E32s. Berikut ialah maklumat tentang spesifikasi, ciri dan harga Moto E32s.

Moto E32s mempunyai skrin 6.5 inci dengan reka bentuk lubang tebuk yang menempatkan kamera swafoto 8MP dan bezel yang tebal. Ia menawarkan resolusi HD+ 720 x 1600 piksel dan kadar penyegaran 90Hz. Bahagian belakangnya terdapat kamera utama 16MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP.

E32s dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G37 yang dipadankan bersama RAM 3/4GB dan storan dalaman 32/64GB. Peranti ini dilengkapi dengan Android 12 dan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Selain itu, telefon ini mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan pengimbas muka untuk membuka kunci. Ia dilengkapi dengan ciri lain seperti Wi-Fi, VoLTE, Bluetooth 5.0 dan IP68. Badannya berukuran 163.95 x 74.94 x 8.49mm dan berat 185 gram.

Moto E32s berharga 149 euro (~RM700) dan ia tersedia dalam warna Misty Silver dan Slate Grey. Adakah anda berminat dengan Motorola Moto E32s ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version