Site icon TechNave BM

Motorola Moto G Stylus 2022 dilancar: Helio G88, skrin 6.8″ 90Hz dan bateri 5,000mAh berharga ~RM1,250

Moto G Stylus generasi ketiga dilancarkan secara rasmi dan ia membawa banyak peningkatan berbanding model tahun lepas. Bermula dengan paparan yang kini menampilkan kadar segar semula 90Hz yang lebih pantas dan potongan lubang tebuk untuk kamera swafoto 16MP.

Ia mempunyai LCD 6.8 inci dengan resolusi FHD+ dan nisbah bidang 20:9. Titik jualan utama telefon ini ialah stylus walaupun tidak berada pada tahap S Pen Samsung. Walau bagaimanapun, ia merupakan cara unik Motorola untuk bersaing dalam segmen telefon pintar.

Moto G Stylus baharu hadir dengan kamera utama 50MP di bahagian belakang bersama-sama lensa ultralebar dan makro 8MP serta sensor kedalaman 2MP. Terdapat pengimbas cap jari pada bahagian sisi kanan. Ia dilengkapi cipset MediaTek Helio G88, RAM 6GB RAM, bateri 5,000 mAh dan paparan antara muka My UX Moto berasaskan Android 11.

Moto G Stylus 2022 hadir dalam warna Twilight Blue dan Metallic Rose. Ia mempunyai satu varian sahaja iaitu RAM 6GB dan storan 128GB dengan harga $299 (~RM1,250). Motorola US menyatakan bahawa ia akan tersedia dalam pasaran bermula 17 Februari.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version