Site icon TechNave BM

Motorola Moto G51 5G akan dilancar pada 10 Disember 2021, telefon pertama dengan Snapdragon 480+

Motorola bakal melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru pada minggu ini iaitu Moto G51 5G. Ia akan dilancar pada hari Jumaat, 10 Disember 2021 di India.

Moto G51 5G adalah telefon pintar pertama yang dilengkapi cipset kelas permulaan terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 480 Plus. Selain itu, telefon ini akan dilengkapi bateri 5,000mAh, RAM 8GB, storan dalaman 128GB dan sistem operasi Android 11.

Untuk skrin pula, Moto G51 5G akan dilengkapi paparan LCD Full HD+ berukuran 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Di belakang, ia mempunyai tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP manakala di hadapan pula adalah kamera 13MP.

Ia turut dilengkapi bicu audio 3.5mm, pembesar suara Dolby Atmos serta pengimbas cap jari di bahagian sisi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version