Site icon TechNave BM

Motorola Moto G73 5G dilancar: Cipset Dimensity 930 dan skrin IPS LCD 120Hz berharga ~RM1,398

Motorola telah mengeluarkan telefon pintar baharu iaitu Motorola Moto G73 5G yang merupakan pengganti Moto G72. Peranti kelas pertengahan ini dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 930 yang digandingkan dengan RAM 8GB.

Menurut laman web rasmi Eropah Motorola, Moto G73 5G menampilkan paparan LCD IPS 120Hz 6.5 inci dengan resolusi 1080 x 2040 piksel dan nisbah aspek 20:0. Ia mempunyai potongan lubang tebuk di bahagian tengah atas yang menempatkan kamera swafoto 16MP.

Bahagian belakang pula mempunyai dwi-kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP utama dan ultra lebar 8MP. Sensor ultra-lebar mempunyai medan pandangan 118 darjah dengan autofokus membolehkan ia mengambil foto makro.

Moto G73 5G menggunakan bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W TurboPower 30. Spesifikasi lain termasuk perisian MyUX berdasarkan Android 13, bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo Dolby Atmos, Bluetooth 5.3, NFC, dwi SIM, slot kad mikroSD, pengimbas cap jari, pengimbas muka, berat 181 gram dan pilihan warna Lucent White atau Midnight Blue.

Di Eropah, Moto G73 5G boleh didapati dalam varian 8/256GB pada harga EUR300 (~RM1,398). Motorola masih belum mendedahkan keluaran peranti itu di luar Eropah, walaupun ia dijangka memasuki pasaran Asia termasuk Malaysia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version