Site icon TechNave BM

Motorola Moto Tab G62 muncul di Google Play Console, miliki SD 6778 dan sambungan 4G

Sebelum ini, Motorola melancarkan tablet Tab G20 dan kemudian mengeluarkan Tab G70 yang lebih berkebolehan pada Januari lepas. Kini, jenama itu dikatakan sedang membangunkan Moto Tab G62 yang muncul di penyenaraian Google Play Console.

Kami hanya mempunyai dua nombor model iaitu XT2261-1 dan XT2261-2. Berdasarkan nama pasaran peranti, peranti XT2261-2 akan mempunyai sambungan 4G.

Beberapa butiran juga didedahkan oleh Abhishek Yadav menyatakan model Wi-Fi akan dikuasakan oleh Snapdragon 678 dan model 4G akan menggunakan Snapdragon 665. Kedua-duanya adalah cipset 11nm di mana satu dari 2020 dan satu dari 2019. Peranti akan membawa RAM 4GB, menggunakan Android 12 dan paparan dengan resolusi 2,000 x 1,200px. 

Selain itu, Motorola juga mungkin akan mengeluarkan telefon pintar Moto G62 yang dilengkapi dengan cipset Snapdragon 480+ dan sambungan 5G. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMarena

Exit mobile version