Site icon TechNave BM

Motorola Moto Watch 100 dilancar: Miliki LCD 1.3”, 26 mod sukan dan bateri 355mAh berharga ~RM420

Terdapat jam tangan pintar baharu dalam pasaran hari ini iaitu Motorola Moto Watch 100. Tidak seperti jam pintar Moto 360 yang dilancarkan pada 2019, Moto Watch 100 tidak menggunakan Wear OS tetapi menggunakan sistem operasi Moto OS yang serba baharu.

Jam tangan pintar ini mempunyai jangka hayat bateri sehingga 2 minggu. Moto Watch 100 hadir dalam saiz 42mm. Ia mempunyai paparan LCD bulat 1.3 inci, mod sentiasa hidup (always-on-mode), 26 mod sukan, penjejakan SPO2, monitor denyutan jantung, giroskop, pecutan (accelerometer) dan saiz tali 20mm.

Badannya diperbuat daripada aluminium dan tersedia dengan reka bentuk jalur warna Glacier Silver dan Phantom Black. Jam tangan ini kalis air 5ATM, menyokong GPS, GLONASS, dan BeiDou dan Bluetooth 5.0. Baterinya berkapasiti 355 mAh dan mampu mengecas daripada kosong hingga penuh dalam masa satu jam.

Jam tangan ini mempunyai berat 45.8g dan berukuran 42x46x11.9mm. Moto Watch 100 dilancar pada tanda harga $99.99 (~RM420) dan boleh dibeli terus daripada laman web rasmi Motorola. Pra-tempahan akan mula dihantar kepada pelanggan sebelum 10 Disember.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version