Site icon TechNave BM

Motorola mungkin akan lancarkan 3 telefon kelas permulaan dalam masa terdekat

Selepas melancarkan telefon pintar Motorola Edge S pada bulan Januari 2021, kini Motorola mungkin akan melancarkan tiga telefon kelas permulaan dalam masa terdekat, iaitu Motorola G10, Motorola G30 dan Motorola E7 Power.

Menurut, sumber, Motorola G10 akan dilengkapi cipset Snapdragon 460, empat kamera termasuk kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP, kamera hadapan 8MP, bicu audio, bateri 5,000mAh serta skrin 6.5 inci. Ia akan dilengkapi butang khas untuk Google Assistant manakala pilihan memori pula adalah 64GB atau 128GB dengan RAM 4GB serta dijual pada hara bermula €149.99 (~RM735.42).

Motorola G10

Motorola G30 menampilkan spesifikasi pertengahan, dengan cipset Snapdragon 662, tiga kamera termasuk kamera utama 64MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP, kamera hadapan 8MP, bateri 5,000mAh dengan pengecasan 20W serta skrin 6.5 inci 90Hz. Memorinya terdapat dalam pilihan 4GB+64GB, 4GB+128GB dan 6GB+128GB serta akan dijual pada harga bermula €179.99 (~RM735.42).

Untuk Motorola E7 Power pula, spesifikasi yang diketahui setakat ini adalah cipset Helio P22, kamera utama 13MP, kamera makro 2MP, kamera hadapan 5MP dan bateri 5,000mAh.

Motorola G30
Motorola E7 Power

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana telefon Motorola yang baru dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Technik News

Exit mobile version