Site icon TechNave BM

Motorola Razr 2 bakal hadir dengan skrin 6.7 inci, Snapdragon 765G dan RAM 8GB

Terdahulu, kami pernah memaklumkan mengenai Motorola Razr 2 yang dijangka bakal hadir pada September ini. Terkini, terdapat maklumat beberapa spesifikasi jangkaannya termasuklah skrin yang lebih besar berbanding Motorola Razr terdahulu.

Menurut sumber, Motorola Razr 2 bakal hadir dengan paparan 6.7 inci, lebih besar daripada skrin Motorola Razr terdahulu yang berukuran 6.2 inci sahaja. Dengan perubahan saiz ini, paparan hadapan apabila telefon dilipat juga akan lebih besar daripada skrin hadapan Motorola Razr 2.7 inci.

Setakat ini, peranti boleh lipat Motorola ini dilaporkan bakal hadir dengan cipset Snapdragon 765G, RAM 8GB dan storan 256GB. Turut dijangka hadir adalah kamera Samsung ISOCE:: Bright GM1 48MP dan kamera selfie 20MP.

Adakah anda berminat dengan spesifikasi jangkaan Motorola Razr 2? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version