Site icon TechNave BM

Motorola Razr akan dilancarkan pada 6 Februari

Walaupun bukan telefon boleh lipat yang pertama berada di pasaran, Motorola Razr direka semula mengikut arus perdana. Pada awalnya, Motorola membuat pengumuman untuk pembelian awal pada 26 Disember tahun lalu, tetapi disebabkan permintaan yang sangat tinggi, syarikat itu memilih untuk menangguh pembelian awal kepada pembeli.

Baru-baru ini, Motorola mendedahkan bahawa pembelian awal kini akan bermula pada 26 Januari. Jenama telefon bimbit kesayangan ramai suatu ketika dahulu ini akan dilancarkan pada 6 Februari dengan harga RM6233. Pembelian awal untuk Razr boleh didapati secara eksklusif daripada Verizon, Walmart, dan Motorola.com.

Dengan paparan Flex View OLED 6.2 inci dan menggunakan mekanisme engsel membolehkan telefon ditutup dengan sempurna seperti model Razr yang asal. Terdapat juga paparan Quick View pada panel belakang yang boleh anda gunakan untuk menyemak dan membalas notifikasi, mengambil swafoto, memainkan muzik dan menggunakan aplikasi Google Assistant. Dengan cara itu, anda tidak perlu membuka telefon setiap kali ingin menggunakannya.

Adakah anda peminat untuk jenama Motorola Razr ini? Maklumkan kepada kami di laman Facebook dan nantikan berita teknologi di TechNaveBM.com.

Exit mobile version