Site icon TechNave BM

Motorola syarikat pertama gunakan sensor kamera 200MP, Xiaomi bakal menyusul

Samsung mengumumkan sensor 200MP ISOCELL HP1 pada bulan September lalu. Namun, kita masih belum melihat telefon yang menggunakannya. Menurut sumber yang dipercayai, ia akan muncul tidak lama lagi tetapi peranti tersebut bukan datangnya daripada Samsung.

Tambahnya lagi, telefon pertama yang menggunakannya mungkin daripada Motorola dan Xiaomi. Samsung akan menunggu sehingga tahun 2023 sebelum mengeluarkan telefon dengan sensor kamera 200MP. Mungkin Galaxy S23 Ultra akan mendapat keistimewaan itu.

Dengan hadirnya sensor 200MP ini, ia akan memberi tekanan yang ketara pada ISP. Kami masih tertanya-tanya sama ada Motorola dan Xiaomi mempunyai kuasa pemprosesan yang mencukupi untuk memanfaatkannya sepenuhnya sensor 200MP ini.

Beritahu kami pendapat anda tentang berita ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version