Site icon TechNave BM

Motorola tersilap kongsi video promosi peranti mesra poket Moto G Fast, spesifikasi terdedah

Motorola sememangnya nama yang masih bertahan dalam industri telefon pintar ini. Anda pasti mengenali telefon boleh lipat Motorola Razr. Namun, kebanyakan pengguna masih tidak mengetahui kewujudan peranti kelas permulaan atau kelas pertengahan Motorola. Terkini, Motorola telah memuat naik video promosi Moto G Fast di laman YouTubenya.

Video itu walau bagaimanapun telah dipadam (mungkin tersilap memuat naik). Namun, sumber telah berhasil memuat turun video tersebut sebelum ianya dipadam. Untuk pengetahuan anda, kami menjangkakan Moto G Fast adalah peranti Motorola yang bakal dilancarkan dengan harga berpatutan memandangkan ia memiliki RAM 3GB (peranti dengan RAM kecil biasanya hadir dengan harga berpatutan).

Moto G Fast bakal dihuni tetapan tiga kamera termasuklah lensa makro dan ultra lebar bersama flash LED. Ia bakal dioperasikan cipset Qualcomm yang masih misteri, tetapi kurang kuasa daripada Snapdragon 665 yang mengoperasikan Moto G8. Berkemungkinan, Moto G Fast adalah peranti yang dinamakan semula (bukan peranti baharu). Sebagai tambahan, baterinya dilaporkan mampu bertahan sehingga 2 hari. Mungkin ia bakal dihuni bateri berkapasiti besar.

Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat tentang keberadaan peranti ini di Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version