Site icon TechNave BM

Motorola X40 bakal dilancar pada Disember ini, tampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 2 dan kalis IP68

Motorola sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan Motorola X40 dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2. Pengurus Besar Bahagian Mudah Alih Lenovo, Chen Jin mengesahkan bahawa Moto X40 akan dilancarkan di China pada bulan Disember. 

Beliau juga mengesahkan bahawa Motorola andalan akan hadir dengan pensijilan IP68 yang bermakna ia adalah kalis air dan habuk, malah beliau mengumpamakannya seperti sebuah kenderaan SUV yang tahan lasak. Namun, sehingga kini, Jin tidak mendedahkan tarikh dan spesifikasi telefon itu. 

Walau bagaimanapun, khabar angin mengatakan Motorola X40 akan dilancarkan di tempat lain sebagai Motorola Edge 40 Pro. Rakan sejawatan global akan muncul pada suku pertama 2023. Ia sudah mendapat pensijilan FCC yang merupakan salah satu langkah “laluan” untuk dikeluarkan di Amerika Utara.

Menurut laporan, Motorola X40 akan membawa skrin OLED 6.67 inci, resolusi FHD+ dan kadar penyegaran semula 165 Hz. Panel akan hadir dengan sokongan HDR 10+ dan dwi-pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos.

Ia mempunyai tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, ultra lebar 50MP dan telefoto 12MP. Telefoto 12MP merupakan satu peningkatan berbanding Motorola X30 dengan lensa makro 2MP. Peranti ini dijangka mempunyai lubang tebuk di bahagian tengah menempatkan kamera swafoto 32MP.

Motorola X40 juga akan membawa RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB. Syarikat itu akan melancarkan telefon ini dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 68W dan menggunakan MyUX 4.0 berdasarkan Android 13.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version