Site icon TechNave BM

Motorola X40 bakal dilancarkan pada 15 Disember 2022

Sebelum ini, terdapat beberapa laporan didedahkan mengenai Motorola X40 yang dikatakan akan dilancarkan dalam bulan Disember ini. Nampaknya, khabar angin itu adalah benar kerana Motorola telah mengesahkan tarikh pelancaran telefon pintar tersebut pada 15 Disember ini di akaun Weibonya.

Nama Moto X40 telah ditukar untuk pasaran China kerana syarikat ini tidak lagi menggunakan penjenamaan ‘Edge’ di dalam negara tersebut. Namun, kami juga tidak pasti sama ada penjenamaan Edge akan dikekalkan secara global ataupun tidak.

Di Weibo, Motorola berkongsi beberapa imej promosi Moto X40 tetapi spesifikasi peranti itu tidak didedahkan secara jelas. Ia hanya memaparkan reka bentuk hadapan dan belakang telefon pintar yang kelihatan agak sama seperti maklumat yang didedahkan sebelum ini.

Menurut khabar angin, Moto X40 akan menampilkan paparan OLED 144Hz 6.67 inci dengan sisi melengkung, resolusi FHD+, mungkin dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, LPDDR5x RAM sehingga 18GB, storan sehingga 512GB, kamera swafoto 60MP dan kamera utama belakang 50MP. 

Seperti biasa, maklumat ini setakat jangkaan sebelum hari pelancaran. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Weibo Motorola

Exit mobile version