Site icon TechNave BM

Motorolo Moto G22 dilancar: Helio G37, LCD 6.5″, kamera 50 MP dan bateri 5,000mAh berharga ~RM777

Baru-baru ini, Moto G22 telah dilancarkan untuk pasaran terpilih di Eropah terlebih dahulu dan seterusnya akan dipasarkan ke Amerika Latin, Timur Tengah serta Asia dalam beberapa minggu akan datang. Hanya terdapat satu varian sahaja yang dilancarkan iaitu RAM 4GB dan storan dalaman 64GB.

Moto G22 mempunyai skrin LCD 6.5 inci beresolusi 720×1600 dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dilengkapi cipset MediaTek Helio G37 bersama CPU okta-teras dengan 4 teras Cortex-A53 yang mencatat kadar sehingga 2.3 GHz dan 4 teras Cortex-A53 mencatat kadar sehingga 1.8 GHz.

Telefon ini juga mempunyai slot mikroSD, bateri 5,000 mAh dengan pengecasan 15W, pengimbas cap jari yang dipasang di sisi dan empat kamera pada bahagian belakang (kamera utama 50 MP + ultralebar 8MP + kamera kedalaman 2 MP + makro 2MP) dan kamera swafoto 16MP.

Ia beroperasi menggunakan Android 12 dan disertakan palam pengecasan 10W. Ia diperbuat daripada polimer akrilat tahan lama dan mempunyai reka bentuk kalis air. Paeranti ini berukuran 163.95 x 74.94 x 8.49 mm dan berat 185g.

Di pasaran Eropah ia boleh dibeli dengan harga €169.99 (~RM777) dan tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Putih Mutiara, Biru Ais dan Hitam Kosmik.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version