Nintendo Switch 2 merupakan antara peranti gaming mudah alih yang paling dicari-cari pada tahun ini, namun harga game-game yang mahal mungkin telah mengeruhkan minat anda terhadapnya. Jika anda inginkan peranti gaming mudah alih berdasarkan sistem operasi Windows, mungkin MSI Claw A8 yang baru dilancar adalah lebih sesuai untuk anda.
Peranti ini dilengkapi pemproses AMD Ryzen Z2 Extreme, RAM LPDDR5x (dwi-saluran 8,000MHz) sehingga 24GB dan storan NVMe PCIe Gen4 SSD sehingga 1TB. Storan SSD ini juga boleh dibesarkan dengan menggantikan SSD sedia ada kepada M.2 SSD sehingga 4TB.
Baterinya pula berkapasiti 80WHr dan menyokong kadar pengecasan pantas 65W PD. Ia turut mempunyai pembesar suara stereo 2W. Untuk kawalan, ia mempunyai batang analog (analogue sticks) dan pemicu (triggers) Hall Effect yang tidak mempunyai masalah stick drift dan lebih tahan lama.
Skrinnya pula mengunakan panel sentuh IPS berukuran 8 inci dengan resolusi 1920×1200, kadar segar semula 120Hz dan kadar segar semula boleh berubah (VRR). Ia menyokong hubungan wayarles Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.4.
MSI Claw A8 telah dilancar di China dengan harga bermula CNY6,999 (~RM4,130). Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia, namun MSI Claw A1M telah dilancar di sini pada tahun lalu, jadi ada kemungkinan Claw A8 akan turut dibawa ke sini.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan konsol mudah alih ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
[Diterjemahkan daripada TechNave]

