Site icon TechNave BM

MSI Creator Z16 dilancar di Malaysia: Komputer riba untuk tugas kreativiti berharga RM11,999

MSI Malaysia hari ini telah melancarkan komputer riba MSI Creator Z16 Laptop yang dikhaskan untuk golongan profesional dalam industri kreatif. Bagi menghasilkan imej yang mencapai piawaian industri tersebut, skrin komputer ini dilengkapi kadar segar semula 120Hz, teknologi True Pixel, resolusi QHD+ dan gamut warna DCI-P3 100%.

Penghasilan warnanya turut dilaraskan dengan Calman Colour Calibration bagi menghasilkan nilai Delta E lebih rendah daripada 2 (ΔE<2) untuk warna yang sangat tepat. Skrin komputer ini mempunyai nisbah aspek 16:10 untuk menyediakan ruang yang lebih besar dalam tugasan pengguna.

Daripada segi spesifikasi dalaman, komputer ini dilengkapi pemproses 11th Gen Intel Core i7 dengan clock speed sehingga 4.6GHz, unit pemproses grafik NVIDIA GeForce RTX3060, RAM sehingga 16GB, SSD PCIe NVMe 1TB, sokongan Wi-Fi 6E dan bateri 90 WHr.

Ia akan dijual pada harga RM11,999 untuk pasaran Malaysia. Layari laman web MSI Malaysia untuk maklumat lanjut tentang komputer ini. Kongsi pendapat anda tentang Creator Z16 di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version