Site icon TechNave BM

MSI lancarkan komputer “gaming” edisi khas Assassin’s Creed Valhalla di Malaysia berharga RM9,999

Jenama komputer Micro-Star International (MSI) telah bekerjasama dengan syarikat gaming Ubisoft untuk menghasilkan komputer riba edisi khas sempena game sensasi yang akan dilancar pada hujung tahun, Assassin’s Creed Valhalla (ACV). Komputer riba MSI GE66 Raider Valhalla Edition mempunyai permukaan bewarna perak yang diukir khas dengan logo ACV dan efek pencahayaan RGB pada papan kekunci yang berubah mengikut corak permainan dalam game tersebut.

Pemain ACV yang menggunakan komputer ini dan komputer-komputer MSI terpilih juga boleh menggunakan MSI Ambient Link bagi menghasilkan efek pencahayaan yang diselaraskan mengikut permainan game ACV.

Setiap pembelian komputer ini akan disertakan dengan game ACV Gold Edition dan juga peluang untuk memenangi kerusi gaming MAG CH120-VALHALLA. Produk MSI terpilih seperti kerusi, monitor, rangka PC dan unit pembekal kuasa akan turut disertakan bersama game ACV edisi biasa secara percuma.

MSI GE66 Raider Valhalla Edition dilengkapi skrin 15.6 Full HD 240Hz, NVIDIA GeForce RTX2070 dengan 8GB GDDR6, RAM 16GB, storan NVMe PCIe SSD 1TB, papan kekunci dengan pencahayaan RGB dan dijual pada harga RM9,999 bermula 10 November di Lazada.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli komputer riba edisi khas ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version