Site icon TechNave BM

MSI lancarkan siri komputer riba dengan cipset Intel Core Gen-12 untuk pra-tempah bermula 24 Januari

MSI yang terkenal dengan komputer riba gaming, pencipta dan perniagaan telah mengumumkan bahawa barisan komputer riba baharunya yang dilengkapi dengan cipset siri Intel H Generasi ke-12 terbaharu dibuka untuk pra-pesanan dari 24 hingga 31 Januari 2022.

Dengan visi MSI untuk era metaverse yang akan datang, komputer riba baharu ini dilengkapi dengan cipset Intel CoreTM i9 dan grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti yang menampilkan peningkatan prestasi CPU sehingga 30% – 45% berbanding model sebelumnya. 

Untuk meraikan model baharu ini, MSI Malaysia menawarkan faedah pra-pesanan di mana pengguna boleh menikmati barangan percuma bernilai sehingga RM 1,349 daripada Fitbit Luxe Activity Tracker, MSI Gaming Mouse dan MSI Gaming Headset.

Pelanggan yang mendaftarkan produk mereka di MSI Membership Center dan memberi ulasan akan memperoleh $50 dalam dompet Steam mereka.

Lawati laman web MSI untuk membuat pra-pesanan mulai 24 Januari nanti. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version