Site icon TechNave BM

MSI Malaysia anjurkan promosi istimewa untuk komputer riba, diskaun sehingga RM3,900

Jika anda merancang untuk membeli komputer riba MSI dalam masa terdekat, MSI Malaysia akan menganjurkan kempen promosi khas sepanjang bulan Mac 2022 iaitu March Promotion.

Sepanjang promosi ini, beberapa komputer riba MSI akan dijual pada harga promosi dengan diskaun sehingga RM3,900. MSI menawarkan promosi ini untuk pelbagai jenis komputer riba, daripada komputer gaming hinggalah komputer untuk kegunaan harian.

Anda boleh mendapatkan produk seperti komputer gaming MSI Katana GF66 berharga RM6,499 (harga asal RM7,499), MSI Creator Z16 berharga RM8,999 (harga asal RM12,899) dan banyak lagi.

Layari laman web MSI Malaysia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version