Site icon TechNave BM

MSI Malaysia anjurkan promosi Tahun Baru Cina, dapatkan rebat sehingga RM2,000

Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, MSI Malaysia akan menganjurkan promosi khas sehingga 29 Januari 2023 untuk komputer-komputer terpilih. Pelanggan boleh dapatkan rebat sehingga RM2,000 untuk pembelian melalui laman web atau kedai fizikal.

Pelbagai kategori komputer riba MSI akan dijual pada harga promosi, bermula daripada RM3,599 untuk komputer riba gaming MSI GF63 Thin 11SC-887MY (harga asal RM3,699).

Komputer riba produktiviti pula boleh dibeli bermula RM2,099 untuk MSI Modern 14 B11MOU-870 MY (harga asal RM2,699). Untuk mereka yang inginkan komputer riba untuk tugasan kreatif, MSI Creator M16 akan dijual pada harga RM5,799 (harga asal RM5,999).

Layari laman web MSI Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version