Site icon TechNave BM

MSI Malaysia lancarkan komputer riba “gaming” baru dengan RTX 3000 bermula RM5,129

MSI Malaysia hari ini telah membuka pra-tempahan untuk komputer riba gaming terbaru yang dilengkapi GPU NVIDIA Ampere dan baru dilancar pada CES 2021 baru-baru ini, dengan harga bermula RM5,129. Semua komputer ini akan dilengkapi MSI Resizable BAR Technology, NVIDIA DLSS 2.0 dan sokongan ray-tracing RTX 2.0 untuk pengalaman gaming yang lebih pantas.

Dalam keluaran kali ini, GS66 Stealth adalah komputer riba tercanggih dengan GPU GeForce RTX 3080, VRAM GDDR6 16GB, skrin UHD 4K dan pemproses Intel i9. GE66 Raider turut dilengkapi RTX 3080 namun dengan skrin 1080p 300Hz.

Buat mereka yang menginginkan skrin besar, GE76 Raider menampilkan skrin 1080p 240Hz berukuran 17.3 inci di samping GeForce RTX 3070 serta sistem penyejukan MSI Cooler Boost 5. Sementara itu, GF65 Thin pula menawarkan spesifikasi gaming dengan harga yang lebih murah, di mana ia dilengkapi GeForce RTX 3060 serta pemproses Intel i7.

Berikut adalah senarai harga komputer riba MSI yang baru:

Layari laman web MSI Malaysia untuk maklumat terkini tentang produk di atas. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version