Baru-baru ini MSI dalam CES 2022 mengumumkan barisan komputer riba Gamerverse baharu mereka yang direka untuk Metaverse. Dikuasakan oleh cipset Intel Core Generasi ke-12 terkini dan grafik NVIDIA Geforce RTX 3080 Ti.
MSI juga mengumumkan beberapa teknologi utama yang digunakan dalam peranti Gamerverse mereka termasuk Pad Logam Cecair Perubahan Fasa (Phase-Change Liquid Metal Pad) untuk prestasi dan penyejukan sehingga 10% lebih baik serta barisan komputer riba yang lain.
Komputer riba utama bagi versi gaming ialah MSI Stealth GS77/66 untuk pemain yang memerlukan sesuatu yang lebih besar dan lebih selesa dengan pad jejak 50% lebih besar dan butang kekunci yang lebih besar. GS77/66 menggunakan gpu NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti.
Tiada tarikh khusus ketibaannya tetapi MSI telah menyatakan bahawa GS66 akan tersedia di Malaysia pada akhir Januari 2022. Siri MSI Raider GE akan menampilkan cipset Intel Core i9 Generasi ke-12, GPU NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti dan teknologi MSI OverBoost yang memberikan 220 watt secara keseluruhan.
MSI Vector GP76/66 juga akan menampilkan teknologi OverBoost MSI untuk prestasi sehingga 210W. Bagi mereka yang mencari komputer riba gaming bajet dan mempunyai prestasi yang mantap, MSI mempunyai Siri Crosshair GL dengan reka bentuk yang lebih menarik dan butang kekunci pelbagai warna.
CrossHair 15/17 juga menawarkan cipset Intel Gen ke-12 bersama-sama dengan NVIDIA GeForce RTX 3060 – 3070 Ti. Bagi mereka yang berminat dengan warna dan reka bentuk perisai hitam dan merah, Pulse GL77/66 adalah pilihan tepat.
Bagi pencipta kandungan, MSI mengumumkan MSI Creator Z17 dan Z16P yang menampilkan paparan nisbah 16:10 dengan teknologi MSI True Pixel untuk gamut warna 100% DCI-P3 dan ketepatan warna kurang daripada 2 delta-E.
Creator Z17 turut hadir dengan pembaca kad ekspres UHS (express card reader) bersaiz penuh dan menyokong pen-sentuh manakala Creator Z16P akan menggunakan Penyejuk Ruang Vapor MSI untuk penyejukan yang lebih baik. Anda juga boleh lihat video MSIology Gamerverse di bawah atau melayari laman web mereka untuk mendapatkan butiran lanjut.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat memiliki salah sebuah komputer riba yang diumumkan oleh MSI ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

