Site icon TechNave BM

MSI Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” edisi khas berharga RM18,999

Selepas memperkenalkannya untuk pasaran antarabangsa pada awal bulan ini, MSI Malaysia memperkenalkan komputer riba gaming edisi khas MSI Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport yang menampilkan rekaan khas dengan kerjasama pasukan permotoran antarabangsa Merceds-AMG.

Komputer ini ditawarkan dalam warna gelap Midnight Black, dengan estetika yang diinspirasikan daripada corak AMG. Selain itu, material casisnya pula dibina dengan aloi magnesium-aluminium yang ringan dan teguh.

Sebagai sebuah komputer gaming, ia dilengkapi pelbagai spesifikasi terkini seperti pemproses Intel Core Ultra 9 dan NVIDIA GeForce RTX 4080 Laptop GPU. Skrinnya pula berukuran 18 inci dengan resolusi 4K Mini LED, nisbah aspek 16:10 dan kadar segar semula 120Hz yang menjanjikan kualiti imej dan warna yang cantik.

Komputer ini akan didatangkan dengan pakej eksklusif MSI Mercedes-AMG yang terdiri daripada pelbagai aksesori seperti kotak khas, tetikus, tikar tetikus (mouse pad), sarung komputer riba, beberapa helai poskad dan tali pengikat (cable tie).

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk komputer ini:

Pra-tempahan untuk komputer edisi terhad ini sudah pun dibuka sehingga 30 Jun 2024 di laman web MSI Malaysia. Para pelanggan awal akan menerima kereta model 1:18 MSI Mercedes-AMG secara percuma.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba eksklusif ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version