Site icon TechNave BM

MSI x CAPCOM raikan ulang tahun ke-20 Monster Hunter dengan peranti ‘gaming’ edisi terhad

Bersempena dengan ulang tahun ke-20 Monster Hunter, MSI telah bekerjasama dengan Capcom untuk membawakan anda peranti gaming edisi terhad kali ini.

Untuk makluman anda, perkongsian ini telah diumumkan di Tokyo Game Show 2023 di mana Capcom mengatakan peranti eksklusif ini akan tiba pada Mac 2024. Seluruh barisan gaming ini juga akan menampilkan Rathalos yang ikonik sebagai reka bentuk artistiknya.

Selain itu, terdapar komputer riba gaming, monitor, kad grafik, papan induk, sarung, penyejuk cecair dan pengawal. Ramai gamer menantikan pengalaman memburu yang lebih mengasyikkan ketika bermain game.

Anda boleh melawati laman web MSI untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version