Site icon TechNave BM

Muat turun Astro GO dan anda berpeluang menangi vivo V17 Pro!

Pada waktu ini, Astro GO sedang menganjurkan sebuah pertandingan Download & Win sehingga 17 Mei di mana pengguna berpeluang memenangi telefon pintar vivo V17 Pro dan baucar tunai JD Sports.

Astro GO adalah sebuah aplikasi daripada Astro di mana pengguna iOS atau Android boleh menonton pelbagai kandungan video menarik di mana sahaja mereka berada. Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan, rakyat Malaysia boleh mengakses Astro GO secara percuma sehingga 28 April.

Astro GO mencatakan peningkatan penggunaan yang ketara sewaktu PKPK, dengan pengguna bulanan aktif (MAU) seramai 1.38 juta pada bulan Mac iaitu 37% lebih tinggi. Selain itu, terdapat lebih 148,000 pendaftaran baru terhadap perkhidmatan itu.

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan Download & Win, layari laman web ini. Beritahu kami di Facebook jika anda banyak menonton Astro GO sewaktu PKP dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version