Site icon TechNave BM

Muat turun game World War Z percuma di Epic Game Store untuk anda simpan selamanya

Hari ke-10 Perintah Kawalan Pergerakan mungkin membuatkan anda berasa agak sendu, tetapi bukan pada gamer. Epic Game Store memberikan game percuma pada hari ini iaitu World War Z! Game ini boleh didapatkan secara percuma sehingga 2 April 2020 dan ada boleh mengakses ke laman web Epic Game Store di sini untuk menyimpan game tersebut selama-lamanya dalam jagaan anda.

Untuk yang masih tidak tahu, World War Z adalah game berkisarkan empat-pemain dengan penembak pihak ketiga berlatarbelakangkan dunia sama seperti dalam filem. Agak sama dengan Left 4 Dead, perbezaan ketara adalah anda boleh bermain dengan kelas Gunslinger, Hellraiser, Slasher, Medic, Fixer dan Exterminator. Jika anda sudah biasa bermain, anda akan dapat mengenali kelas-kelas ini.

Walaupun game ini lebih berfokuskan kepada pemain campuran (multi-player), terdapat kempen co-op berasaskan cerita untuk pemain juga. Terdapat mod Player vs Player dan mod Zombies, jadi jom muat turun! Kami ingin memuat turunnya sekarang.

Sumber: IGN

Epic Game Store akan meneruskan tawaran game percuma dari masa ke semasa, jadi jangan lupa untuk sentiasa mengunjungi laman webnya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gaming terkini. GLHF!

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version