Site icon TechNave BM

Muat turun ‘wallpaper’ rasmi iPhone 12/12 Pro di sini (Resolusi penuh)

Pada minggu lepas, Apple telah mengumumkan siri telefon terbarunya iaitu siri iPhone 12. Ianya bakal mula dijual di Amerika Syarikat pada bulan November ini dan mula dijual di pasaran Malaysia beberapa minggu kemudian. Dalam penantian telefon baru Apple ini, anda boleh mencuba wallpaper rasmi siri iPhone 12 dan 12 Pro pada telefon pintar anda waktu ini.

Apple membawakan beberapa wallpaper yang menawan untuk siri iPhone 12 dan iPhone 12 Pro kali ini. iPhone 12 datang dengan 10 wallpaper untuk digunakan bersama mod gelap dan mod cerah telefon anda. Manakala untuk telefon iPhone 12 Pro pula, ia datang dengan 8 wallpaper untuk mod gelap dan cerah.

wallpaper cerah iPhone 12
wallpaper gelap iPhone 12
wallpaper cerah iPhone 12 Pro
wallpaper gelap iPhone 12 Pro

Wallpaper yang ditunjukkan ini telah diambil dari perisian iOS 14.1. Anda boleh memuat turun wallpaper tersebut dengan resolusi penuh di pautan ini.

Wallpaper iPhone 12 : Muat turun

Wallpaper iPhone 12 Pro : Muat turun

Nantikan berita kedatangan siri iPhone 12 ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version