Site icon TechNave BM

Mulakan tahun baru anda dengan Uncharted 1-3 secara percuma!

Tahun 2020 datang dengan berita yang baik buat para pelanggan PlayStation (PS) Plus, dengan sebuah pengumuman yang mengatakan sebuah siri permainan video legenda boleh dimiliki dengan percuma bermula 7 Januari.

Para pelanggan PS Plus boleh memiliki Uncharted: The Nathan Drake Collection, sebuah koleksi yang mengumpulkan game Uncharted 1, 2 dan 3 dalam pakej mudah. Koleksi tersebut akan ditawarkan bermula 7 Januari hingga 3 Februari.

Siri Uncharted merupakan antara tajuk yang paling berjaya dalam sejarah permainan video dan telah pun mendapat tempat dalam jutaan hati peminat. Jika anda masih belum mengalami game pengembaraan yang hebat ini, sekarang adalah masa yang amat sesuai untuk mula mengembara bersama Nathan Drake sepanjang tiga game. Jika anda masih tidak sabar, anda juga boleh memuat turun Titanfall 2 secara percuma dalam PS Plus sebelum 7 Januari.

Adakah anda teruja dengan tawaran hebat daripada PS Plus ini? Kongsikan harapan anda untuk game percuma selepas ini daripada perkhidmatan langganan tersebut di Facebook kami dan terus bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gaming terkini.

Sumber: Playstation Blog

Exit mobile version