Site icon TechNave BM

Mungkin inilah iPhone 12 dan kabel pengecasan USB-C ke Lightning yang bakal hadir bersama

Selain berita mengenai ramalan spesifikasi dan jangkaan harga siri iPhone 12, internet juga turut tampil dengan berita mengenai spesifikasi dan ciri pengecasan iPhone 12. Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan wayar kabel pengecasan terjalin (braided) jenis USB-C ke Lightning bakal hadir bersama iPhone 12.

Untuk pengetahuan anda, kabel pengecasan terjalin ini diramalkan hadir dengan jenis penghubungan USB-C ke Lightning di atas faktor tertentu. Faktor kewujudan USB-C ialah mungki untuk disambungkan dengan pengecas PD (Power Delivery), khas untuk pengecasan pantas.

Proses jalinan pada wayar kabel pengecasan pula dijangka untuk mengekalkan ketahanannya.

Dalam sumber yang lain, blog BMW China telah memuat naik siaran mengenai inovasi iOS 14 yang dikatakan boleh menjadi alat kawalan kereta (BMW 5 Series menjadi model pertama yang menyokong ciri ini). Seiring dengan itu, gambar yang disertakan memaparkan imej iPhone untuk mengendalikan BMW.

Reka bentuk imej iPhone ini kelihatan tidak sama dengan mana-mana peranti iPhone yang telah dilancarkan. Oleh itu, rata-rata pembaca berpendapat bahawa iPhone yang dipaparkan adalah iPhone 12. Anda boleh melihat rekaan skrinnya menyamai iPhone model terkini, tetapi dengan rekaan sisi seperti iPhone 4.

Apa pun, kesemua maklumat ini hanyalah jangkaan semata-mata. Adakah anda mempunyai pendapat yang sama? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version