Site icon TechNave BM

Mungkinkah MWC 2020 dibatalkan kerana Koronavirus?

MWC 2020 ataupun Kongres Mudah Alih Sedunia yang menjadi acara tahunan dilaporkan mungkin akan dibatalkan. GSMA yang merupakan penganjur kepada MWC bakal mengadakan mesyuarat untuk membincangkan keberlangsungan kongres terkemuka ini.

MWC 2020 yang bakal diadakan di Barcelona pada 24 hingga 27 Februari ini menghimpunkan pelbagai jenama besar teknologi seperti Huawei, Xiaomi, Samsung dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Sony dan beberapa jenama lain telah memaklumkan bahawa mereka menarik diri daripada menyertai MWC oleh kerana penularan wabak Koronovirus.

Sumber turut melaporkan Menteri Kesihatan Sepanyol, Salvador Illa menyatakan bahawa tiada unsur kesihatan awam yang boleh membatalkan acara tersebut. Apa pun, nantikan kemas kini berita ini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Adakah wajar untuk menangguhkan atau membatalkan acara ini kerana penularan wabak Koronavirus? Kongsikan pendapat anda di laman Facebook sekarang.

Sumber: Reuters

Exit mobile version