Site icon TechNave BM

Mungkinkah Sony PlayStation 5 bermula dengan harga ~RM1924?

Sepertinya, penyenaraian Sony PlayStation 5 telah ditemui di Amazon. Konsol ini mempamerkan harga bermula dari 399 Euro (~RM1924) untuk Digital Edition tanpa pilihan cakera optikal. Varian standard PS5 dengan cakera optikal pula bakal hadir bersama harga 499 Euro (~RM2406) yang agak lebih mahal, tetapi membenarkan anda bermain salinan game secara fizikal.

Apa pun, berita ini bukanlah berita rasmi memandangkan harga yang dipaparkan mungkin harga jangkaan sahaja dan Sony belum mengumumkan harganya secara rasmi.

Melalui semua maklumat ini, adakah anda akan mendapatkan PlayStation 5 jika ianya berharga lebih kurang RM1924 di pasaran Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: cnBeta

Exit mobile version