Site icon TechNave BM

Musim terakhir Attack on Titan bermula 7 Disember ini, apakah nasib manusia dan Titan?

Adaptasi manga popular Attack on Titan sememangnya mendapat tempat di hati peminat anime. Bukan sahaja di negara luar, tetapi peminat anime di Malaysia turut meminati siri ini. Terkini, terdapat sumber yang menyatakan bahawa siri terakhir Attack on Titan bakal ditayangkan pada 7 Disember 2020.

Pada Mei lalu, video acahan musim terakhir ini telah disiarkan, tetapi tanpa tarikh tayangan rasmi. Tajuk Attack on Titan: The Final Season menggambarkan bahawa ia sememangnya musim terakhir, bukan lagi sebuah ura-ura.

Anda boleh membaca sendiri sumber yang menyatakan tarikh rasmi tayangan musim terakhir anime Attack on Titan.

Sumber: animelab

Apa pun, kami akan melaporkan kepada anda kemas kini mengenai berita Attack on Titan jika ia hadir pada hari akan datang. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: AotWiki melalui HYPEBEAST

Exit mobile version